Category Archives: International News

Galaxy S IV Dikatakan akan Dilancarkan Pada April Ini Bersama S Pen?


i

Terdapat ura-ura mengatakan pihak Samsung akan melancarkan Galaxy S IV pada April 2013, selain itu ianya dikatakan juga akan membawakan sokongan S Pen sama fungsinya seperti Samsung Galaxy Note II. Ia juga dikatakan yang ianya akan bersaiz 4.8-inci – 5-inci saiz paparannya dan tebalnya hanya 8.6mm – 9.2mm. Bentuknya pula mungkin akan seperti galaxy S III dan ura-ura mengatakan ianya akan membawakan cip pemprosesan 2GHz empat-teras dan ianya sedang diusahakan oleh pihak LITTLE.

Sumber : APPYGEEK

Samsung Galaxy Note 3 Mungkin Bersaiz 6.3-Inci?


Samsung_Galaxy_Note_3_concept

Galaxy Note II baru sahaja dipasarkan dsengan bersaiz 5.5-inci dan kini terdapat ura-ura dimana diperkatakan Samsung akan mengeluarkan Galaxy Note III kelak akan membawakan phablet yang bersaiz 6.3-inci.

Pada masa ini ianya adalah ura-ura yang masih belum mendapat pengesahan daripada pihak Samsung sendiri, namun terdapat laporan daripada pihak Korea Times yang mengatakan Samsung sedang membangunkan Galaxy Note III dengan skrin OLED yang bersaiz 6.3-inci padanya. Memandangkan akhir-akhir ini pelbagai peranti yang skrinnya bersaiz besar sering diperkenalkan.

Sebelum ini Samsung sendiri telah mengeluarkan Galaxy Tab dimana saiznya sebesar 7-inci dan mendapat sambutan hangat daripada pengguna dan berasa selesa untuk menggunakan peranti yang bersaiz besar dimana digantikan telefon mereka yang dulunya bersaiz kecil. Mungkin jika ura-ura ini benar, Galaxy Note III ini juga akan mendapat sambutan juga kerana pihak Samsung telah ada pasaran dan peminatnya sendiri.

Selain Galaxy Note III, terdapat beberapa laporan yang dikatakan dimana pihak Samsung mungkin akan mengumumkan telefon-pintar yang popular mereka iaitu Galaxy S4 di dalam sekitar Mac atau April 2013 ini.

 

Sumber : Korea Times

Samsung Memperkenalkan Galaxy Grand


Samsung-Unveiled-GALAXY-Grand_m-689x423

Sebelum ini pihak Samsung telah mengeluarkan Samsung Galaxy S3 mini dan kini dengan secara rasminya pihak Samsung telah mengumumkan dan memperkenalkan telefon-pintar yang terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy Grand. Seperti semua yang sedia maklum dimana pihak Samsung sering mengeluarkan telefon-pintar terbaru dan hampir setiap bulan.

samsung-galaxy-grand1

Dikatakan Galaxy Grand ini membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.2 GHz, skrin sebesar 5-inci dan kamera dibahagian belakangnya 8-MegaPixel. Selain itu, ia didatangkan bersama dengan bateri 2,100 mAh, dan juga Galaxy Grand ini dijana menggunakan sistem operasi Android 4.1.2 Jelly Bean padanya.

Pada ketika ini Galaxy Grand ini masih tidak diketahui bilakah peranti ini akan dilancarkan dan mula dijual dipasaran Malaysia dan juga berapa harga jualannya.

Samsung Bakal Menghasilkan Galaxy Note 7-inci


Samsung_Galaxy_Note_7.0

Terdapat ura-ura mengatakan pihak Samsung akan mengeluarkan Galaxy Note Tablet yang bersaiz lebih kecil daripada yang sedia ada dipasaran sekarang ini. Dikatakan lagi peranti itu diberi nama Samsung GT-N5100 dan spesifikasinya seperti ianya adalah Galaxy Note 7.0 tablet.

Seperti yang anda boleh lihat dipasaran sekarang sedang hangat mengenai tablet yang bersaiz 7-inci dan ramai diantara pengguna lebih gemar menggunakan tablet yang bersaiz sederhana ini berbanding tablet yang bersaiz 10-inci. Ini mungkin membuatkan pihak Samsung akan menghasilkan tablet yang bersaiz sederhana ini seperti yang ada dipasaran kini seperti Asus Nexus 7 yang sedang hangat di pasaran. Pada masa ini pihak Samsung sudah pun ada dua tablet yang hebat tetapi hanya bersaiz 10-inci iaitu Samsung Galaxy Note 10.1 dan juga Google Nexus.

samsung-galaxy-note-7-gt-n5100-nenamark

Ura-ura mengatakan bahawa tablet ini akan membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.6GHz dan membawa sistem Android 4.1.2 Jelly Bean, manakala pada skrinnya pula 1280 x 720. Maklumat ini didapati di halaman Nenamark yang sedang membuat tanda aras mengenainya. Tiada maklumat lain yang diperolehi buat masa ini, dan ada yang mengatakan bahawa ura-ura ini tidak benar.

Dwi-SIM Samsung Galaxy Note II


Samsung telah mengumumkan secara rasminya di China akan versi terbaru Samsung Galaxy Note II dimana mempunyai dwi-SIM dan akan memulakan jualan pada 3 Disember 2012.

Galaxy Note II yang ditawarkan ini mempunyai sama spesifikasi seperti Galaxy Note II yang lain tetapi terdapat penambahan kepada dwi-SIM sahaja, iaitu skrin 5.5-inci, 720p HD skrin, pemprosesan 1.6GHz quad-core, 2GB RAM, 8 MP kamera dan lain-lain. Adakah Samsung akan menawarkan dwi-SIM ini di Malaysia, Indonesia dan negara Asia yang lain?