Samsung Bakal Menghasilkan Galaxy Note 7-inci


Samsung_Galaxy_Note_7.0

Terdapat ura-ura mengatakan pihak Samsung akan mengeluarkan Galaxy Note Tablet yang bersaiz lebih kecil daripada yang sedia ada dipasaran sekarang ini. Dikatakan lagi peranti itu diberi nama Samsung GT-N5100 dan spesifikasinya seperti ianya adalah Galaxy Note 7.0 tablet.

Seperti yang anda boleh lihat dipasaran sekarang sedang hangat mengenai tablet yang bersaiz 7-inci dan ramai diantara pengguna lebih gemar menggunakan tablet yang bersaiz sederhana ini berbanding tablet yang bersaiz 10-inci. Ini mungkin membuatkan pihak Samsung akan menghasilkan tablet yang bersaiz sederhana ini seperti yang ada dipasaran kini seperti Asus Nexus 7 yang sedang hangat di pasaran. Pada masa ini pihak Samsung sudah pun ada dua tablet yang hebat tetapi hanya bersaiz 10-inci iaitu Samsung Galaxy Note 10.1 dan juga Google Nexus.

samsung-galaxy-note-7-gt-n5100-nenamark

Ura-ura mengatakan bahawa tablet ini akan membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.6GHz dan membawa sistem Android 4.1.2 Jelly Bean, manakala pada skrinnya pula 1280 x 720. Maklumat ini didapati di halaman Nenamark yang sedang membuat tanda aras mengenainya. Tiada maklumat lain yang diperolehi buat masa ini, dan ada yang mengatakan bahawa ura-ura ini tidak benar.

Tagged: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: