Samsung Galaxy Note 3 Mungkin Bersaiz 6.3-Inci?


Samsung_Galaxy_Note_3_concept

Galaxy Note II baru sahaja dipasarkan dsengan bersaiz 5.5-inci dan kini terdapat ura-ura dimana diperkatakan Samsung akan mengeluarkan Galaxy Note III kelak akan membawakan phablet yang bersaiz 6.3-inci.

Pada masa ini ianya adalah ura-ura yang masih belum mendapat pengesahan daripada pihak Samsung sendiri, namun terdapat laporan daripada pihak Korea Times yang mengatakan Samsung sedang membangunkan Galaxy Note III dengan skrin OLED yang bersaiz 6.3-inci padanya. Memandangkan akhir-akhir ini pelbagai peranti yang skrinnya bersaiz besar sering diperkenalkan.

Sebelum ini Samsung sendiri telah mengeluarkan Galaxy Tab dimana saiznya sebesar 7-inci dan mendapat sambutan hangat daripada pengguna dan berasa selesa untuk menggunakan peranti yang bersaiz besar dimana digantikan telefon mereka yang dulunya bersaiz kecil. Mungkin jika ura-ura ini benar, Galaxy Note III ini juga akan mendapat sambutan juga kerana pihak Samsung telah ada pasaran dan peminatnya sendiri.

Selain Galaxy Note III, terdapat beberapa laporan yang dikatakan dimana pihak Samsung mungkin akan mengumumkan telefon-pintar yang popular mereka iaitu Galaxy S4 di dalam sekitar Mac atau April 2013 ini.

 

Sumber : Korea Times

Tagged: , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: