Tag Archives: motorola razr droid

3 TelefonPintar Android Baru Diperkenalkan oleh Motorola


Tiga model terbaru yang diumumkan oleh Motorola adalah Mototrola Droid RAZR HD yang diperkenalkan dengan mempunyai skrin sebesar 4.7 inci dan juga pixel sebanyak 78% lebih berbanding RAZR yang sebelumnya.

Selain itu, pelayar web Chrome juga didatangkan bersama yang terbina padanya. Keluaran terbaru Motorola ini juga mempunyai ketahanan bateri yang lebih lama dan juga menjanjikan masa bercakap selama 16 jam.

Motorola Droid RAZR MAXX HD pula merupakan peranti yang membawakan masa bertahan bateri yang lebih lama bersama-sama dengan ruangan storan terbina sebanyak 32GB. Ia membawakan masa bertahan selama 21 jam, dan masa memainkan video menggunakan rangkaian LTE selama 10 jam lamanya. Secara ringkasnya, ia membawakan kapasiti bateri sama seperti Razr MAXX sebelum ini.